Holla MOnday!!!
Dah hampir 2 miggu aku dkt SI mcm2 hal dah brlaku hmmmm why?why?why? hmmm aku pun xtau bla blik je Si dan msuk je klas de la sipolan ni ckap mcm2 tntang aku dy tau semua bnda aku bt masa cuti..nape dy jdi macamn 2 ha....sampai dlm facebookk dy tahu aku like sapa cmmnt sapa...aku bknnye ape aku tkut dy bt cerita yg bkn2 je sbb aku tau dy mmng x sulka kt aku...n hari ni ptg tdi aku dpt tau dri mmber aku yang dy de ckap something tntang aku tpi dy x mntion nama aku..hmmm aku ni lmbat sikit dlm nk tau hal2 dyorg ni sbb aku malas nk msuk cmpur..smpai dah terkena kepala hidung sendiri pun masih x tau ok bt masa sekrang ni kawan je mcm selalu tapi kena hati2 sebab aku tau dy msti ada agenda dy lgi lepas ni..biar la aku malas nak pikir...ok sebelum aku dtg SI hari tu n sebelum tamatnya tempoh cuti sem aku masa part 2 hari tu aku sempat pegi bt photoshoot baju go green aku masa afa n tuk design sem lepas...w/pun baju dh hancur photosht tetap dijalankan..n w/pun hasil dari photoshoot yg x seberapa 2 aku tetap happy n thnk ayuni sbb sanggup pkai bju 2 n sampai luka lutut kau jatuh heheheee k la malas dh...nk ckap layn je pic kt bawah ni k...
p/s afiq sabarrrr....biar je kt sipolan 2
Sunday, November 27, 2011
Monday, November 14, 2011
Hmmmm lega rasa hati...
Ok hmmmm lega dan puas rasanya dpt post artikel semua 2 hmmmm biar org yg bca tahu....ok korg artikel semua 2 aku dpt dari laman wed the nut graph....dan penulis artikel 2 dua org kat bawah ni sorg 2 mmng korg kenal kan dh jadi pelakon tv dh sekarang ni.......
Fared Ayam dan Zahiril Adzim adalah graduan baru Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Mereka sering bekerjasama dalam menghasilkan karya teater yang mencerminkan realiti masyarakat Malaysia. Hmmmm ok la sampai sini je dulu nnt aku rajin aku post entri baru tuk korg semua... xoxo..

TEATER PART 4
Stigma terhadap teater
Oleh Zahiril Adzim dan Fared Ayam

(© Emil Bacik/sxc.hu)
Kami bagaikan orang mengantuk disorong bantal apabila wartawan rancangan remaja itu datang sendiri untuk menemubual kami, di samping membantu mempromosikan pementasan teater kami waktu itu. Kami berikan penghargaan pada seluruh tenaga produksi untuk rancangan itu.
Rancangan apa? Kami pun dah lupa sebab ini kejadian dua tahun lepas. Bukan kami cepat lupa, cuma laju sangat peristiwa seharian masuk ke dalam kepala kami dan kami terpaksa menolak kejadian-kejadian lama, termasuklah bab percintaan (ooops!).
Walau bagaimanapun, satu soalan telah menyentap jiwa dan raga kami sehingga kami rasa seolah-olah usus perut dipicit dan dipulas sehingga mahu berlari ke tandas. Wartawan itu, yang juga remaja, bertanya: “Kamu rasa belajar teater ni boleh cari makan ke? Berapa ramai graduan teater yang hilang entah ke mana. Apa komen?”
Kalaulah kami ini selebriti terkenal tanahair sehinggakan perkahwinan kami akan ditaja dan dirakamkan, mahu saja kami jawab: “No komen.” Tapi malangnya kami bukan.

(© Loveliestdreams/Dreamstime)Tidaklah kami katakan soalan itu salah. Kalau dia betul-betul tidak tahu, dan ingin tahu, apa salahnya? Tapi dalam konteks Malaysia sekarang, soalan itu seolah-olah menyarankan kami agar berhenti membuat teater dan belajar menjadi doktor atau engineer — pekerjaan yang akan menjamin masa depan.
Maksud tersirat
Masa depan. Ya, itulah maksud tersirat di sebalik soalan tadi. Teater dikatakan tidak menjamin masa depan anak muda ataupun golongan yang sudah lama berkecimpung dalam dunia teater. Pernah sekali guru kami juga memberi amaran agar jangan berharap untuk memiliki kereta BMW jika hendak menjadikan teater sebagai kerjaya.
Namun kami berkeras memilih teater. Pada kami, tidak kira jurusan apa sekalipun, kalau kita lakukan dengan penuh kesungguhan dan minat yang mendalam, insya Allah kejayaan akan menanti. Jikalau kami belajar perubatan atau engineering tetapi kami malas dan tidak berminat, pun tidak guna. Tapi persoalannya sekarang ialah, kenapa bidang yang kami pilih ini dipandang dengan satu macam pandangan oleh orang sebegini?
Mungkinkah kerana teater itu tidak popular? Tapi adakah populariti itu menandakan kejayaan? Sebenarnya kami sendiri pun tidak tahu dari mana punca atau permulaannya pemikiran sebegini. Kami juga tidak menolak kata-kata dari guru kami: “Jangan berangan nak kaya kalau nak buat teater.”
Benar, kami mengaku kebenaran kenyataan itu sebab kalau kita tengok tokoh-tokoh teater di Malaysia sebelum ini pun, gaya hidup mereka tidaklah semewah penerbit, pengarah, pelakon, atau selebriti lain. Tapi adakah mereka mengejar kekayaan material apabila memilih untuk menjadikan teater sebagai kerjaya? Kami percaya tidak.

Industri teater di Malaysia belum lagi macam Broadway
(© Sergey Rogovets/Dreamstime) Memanglah kita tidak akan kaya jika memilih teater sebagai kerjaya seumur hidup. Kami percaya jika hendak bertahan di dalam industri ini, kita sekurang-kurangnya kena ada dua kerja. Kami juga pernah membincangkan hal ini dalam artikel kami yang lepas, Seni vs Hiburan: Siapa Juri?. Mana-mana cabang industri seni di Malaysia ini tidak menjanjikan kekayaan yang hebat kalau hanya memiliki satu kemahiran. Apatah lagi dunia teater yang masih sedang merangkak.
Industri teater di Malaysia ini belum cukup mewah seperti di luar negara. Tidak seperti di Amerika dan Broadwaynya, tidak seperti United Kingdom dan West Endnya. Di sana, apa-apa industri sekalipun cukup luas, besar, dan mewah sehinggakan bermain sarkas pun juga boleh dijadikan kerjaya seumur hidup.
Namun, inilah yang sedang kami cuba lakukan, iaitu memperluaskan lagi industri yang sedang membesar, sedikit demi sedikit.
Usaha memajukan teater
Akan tetapi, agak susah bagi kami dan penggiat teater lain memajukan teater sedangkan ada pihak yang enggan membantu sama-sama menaikkan industri teater di Malaysia. Dan pihak ini juga tergolong dalam industri seni dan hiburan, tapi kami nampak mereka lebih berpihak kepada medium yang lain.
Ibu bapa di rumah juga seharusnya menyumbangkan peranan. Sudah ramai keluhan dari rakan sebaya yang memilih untuk mempelajari bidang teater: keluarga serta saudara-mara menghalang terlibat dalam teater dengan alasan masa depan tidak terjamin dan sebagainya.
Bukanlah kami menolak kerjaya yang lain, seperti doktor perubatan. Tapi kalau dah semua orang jadi doktor, siapa yang nak jadi pesakit?

Krishen Jit (Sumber: kyotoreviewsea.org) Apa yang membuatkan kami terus berpihak kepada teater ialah dengan menjadikan penggiat-penggiat teater yang sudah bertapak sebagai panduan dan motivasi. Sebut sahaja nama mendiang Krishen Jit, perkataan teater yang akan terpancul keluar. Tidak lupa juga nama-nama penggiat teater yang lain, yang sudah dikenali kerana kesabaran serta minat mereka terhadap teater, seperti Jo Kukathas, Jit Murad, Nam Ron, Ahmad Yatim, Norani Yusof, Roslina Khir, dan ramai lagi. Jika kami taipkan semuanya, nescaya tertutuplah suara-suara sumbang yang menyebarkan gosip liar bahawa teater tidak ada masa depan.
Ibarat kita hendak berkahwin: jika ditanya pada orang yang sudah bercerai-berai 10 kali, tentulah perkahwinan itu bunyinya sungguh menakutkan. Tetapi jika ditanya pada pasangan sudah bahagia selama 20 tahun, tentulah tak sabar kita nak kahwin.
Sama juga seperti teater, jika ditanya pada orang yang sudah berputus asa, yang sudah tidak lagi mahu membuat teater, tentulah bunyinya seperti tidak ada masa depan. Tetapi, jika ditanya pada penggiat yang sudah lebih 10 tahun tetap kental berkarya, tentulah semangat kita lebih berkobar-kobar. Apa yang penting bagi kami adalah tujuan sebenarnya kita hidup dan fungsi serta siapa kita kepada masyarakat.
Benar, ramai yang percaya bahawa hanya dengan sains dan teknologilah kita akan dapat menyulam masa depan yang cemerlang, terutamanya mereka yang terlalu banyak menonton rancangan televisyen tempatan. Inilah permasalahannya bila kecemerlangan dan kejayaan hanya diukur dari sudut material. Ia seolah-olah menjadikan hidup ini hanya untuk mengejar kekayaan duniawi semata-mata.
Jadi persoalannya akan kembali pada kita: hidup untuk makan atau makan untuk hidup?
TEATER PART 3
Kau petik gitar, nyanyikan lagu…
Oleh Fared Ayam dan Zahiril Adzim

(© Jesse Therrien/sxc.hu)
Letih tangan kami menaip kalau nak ditaipkan semua muzikal yang pernah dipentaskan di sana sini, termasuklah muzikal lain yang pernah dipentaskan sebelum PGL. Yang terbaru, yang terpanas, yang ter-up-to-date, yang kami dengar ialah Cuci: the Musical. Berasal dari filem, macam Impak Maksima, Cuci akan juga dilontarkan ke pentas Istana Budaya untuk dijadikan muzikal. Ini betul-betul, bukan main-main.
Jika kami penggemar muzik hip-hop, persoalan kami akan berbunyi begini: “Wassup with all these musical thangs, huh?” Kalau kami mat rempit: “Apa barang muzikal-muzikal ni?” Kalau kami mak ayam (you alls): “Muzikal? Ada aku kisah?”
Tapi dengan maaf, kami tegaskan di sini dan di mana-mana anda membaca artikel ini, kami bukanlah penentang teater muzikal. Tapi kami cuma ingin bertanya mengapa begitu ramai yang menjadikan muzikal sebagai propaganda mereka?
Adakah kerana mereka tahu, sedar dan yakin bahawa teater muzikallah satu-satunya jenis teater yang paling mendapat tempat di hati penonton berbanding dengan jenis-jenis teater yang lain? Dan teater muzikal mampu mengaut untung yang besar untuk kocek mereka? Walaupun kebanyakan skrip muzikal mereka bagi kami entah apa-apa kerana sekadar hiburan dan keindahan semata tanpa memberi gambaran sebenar realiti masyarakat kita? (Ooops!)
Jika dilihat secara kasarnya, fenomena ini kelihatan menyumbang ke arah memartabatkan serta mengangkat lagi industri teater di Malaysia. Namun itu secara kasarnya saja.

Adegan dari muzikal Puteri Gunung Ledang (© Wan Izhar)Ini kerana jika dilihat dengan lebih mendalam serta kritikal, terdapat beberapa hal yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum kita layak bersetuju dengan kenyataan di atas. Kami percaya setiap yang berlaku itu pasti akan menghasilkan kesan atau akibat yang pro dan kontra.
Bukannya cemburu
Sebelum fenomena muzikal ini melanda Malaysia, kita boleh lihat betapa kurangnya pengetahuan am masyarakat kita tentang teater itu sendiri. Dulu kalau kita cakap tentang teater, pasti perkara pertama yang terbayang di minda masyarakat yang tidak punya pengetahuan formal tentang seni, adalah bangsawan atau ceritera-ceritera yang berunsur zaman pahlawan dahulu kala.
Kami ibaratkan dengan lelaki yang berambut panjang dan seluarnya koyak, mesti orang ingat penghisap dadah atau Mat Indon (satu gelaran kurang manis terhadap orang Indonesia). Memang tipikal dan klise.
Namun setelah kemunculan PGL dan yang seangkatan dengannya, perkara pertama yang terbayang di minda mereka bila disebut “teater” adalah Istana Budaya atau muzikal. Mereka menganggap teater itu mesti produksi yang besar, memerlukan belanja besar, pelakonnya ramai dan mesti ada artis terkenal.
Anda lihat kontranya?
Inilah masalahnya. Inilah persoalannya yang kerap kali mengganggu kami sebagai penggiat teater. Kami bukan iri hati atau makan hati apatah lagi merajuk membawa diri akibat teater kami tak dikenali. Kami terganggu kerana kami melihat ini dari sudut teater itu sendiri.
Pertama, kami tidak suka dengan tanggapan silap kebanyakan masyarakat tentang teater kerana bagi kami itu akan mengecilkan lagi industri teater Malaysia yang memang sudah sedia kecil ini. Cuba anda bayangkan, kami sendiri pernah ditanya oleh pakcik pemandu teksi tentang pekerjaan kami. Bila kami menjawab teater, mereka terus menyebut Istana Budaya dan PGL.

Adegan dari muzikal Puteri Gunung Ledang jugak (© Wan Izhar)Bagi kami, ini kesan yang tidak baik kerana jelas bahawa penyalahertian terhadap teater itu akan menyebabkan kewujudan cabang, jenis atau genre teater lain tidak diketahui dan tidak dipedulikan. Seolah-olah Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPac) tidak pernah wujud. Seolah-olah Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Panggung Taman Budaya sebelah balai polis Jalan Bandar, dan Annexe @ Central Market semuanya tidak pernah wujud. (Kami hanya menyebut sebahagian panggung teater di Kuala Lumpur, selebihnya sila Google sendiri.)
Sehingga pernah kami katakan bahawa ada pementasan teater yang pelakonnya hanya seorang, mereka terkejut. Kami lagilah terkejut bila mereka terkejut. Tapi jangan risau, kami berjaya cover untuk menjaga hati mereka.
Raikan kepelbagaian
Memang menakutkan bagi kami, situasi ini. Lebih menakutkan dari filem Jangan Pandang Belakang. Tapi inilah hakikatnya.
Jadi bagaimana ingin kami katakan yang fenomena muzikal buatan Malaysia ini memberi impak yang baik serta menyumbang ke arah pengembangan industri teater di Malaysia? Jika secara tanpa sengaja ia juga sebenarnya menutup kewujudan, kerancakan dan kepelbagaian teater di negara kita?
Ingin kami tegaskan di sini, kami tidak sama sekali meletakkan tanngungjawab dan kesalahan ini di atas bahu fenomena muzikal ini. Kerana bagi kami jika ingin dibincangkan hal ini, banyak faktor lain yang sebenarnya lebih layak dipersalahkan. Bukannya kami ingin mencari orang atau individu yang ingin disalahkan.

Eeeyer, seram! Kami lebih suka untuk memikirkan dan mencari jalan penyelesaian. Tetapi, itulah, prosesnya memang akan sangat panjang. Dan pastinya melibatkan sistem pendidikan serta sistem pemerintahan. (Ooops!)
Cuma apa yang kami benar-benar harapkan di sini adalah agar segalanya biarlah seimbang. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Ibarat demokrasi, semuanya sama rata.
Tak kisahlah berapa banyak muzikal yang ingin dipentaskan dalam setahun, tak kisahlah berapa banyak lagi filem yang ingin dijadikan muzikal teater selepas ini. Tapi harapnya janganlah sehingga segala itu menutup sebahagian yang lain, yang juga bagus untuk masyarakat dan menyumbang ke arah pengembangan dan pembangunan industri seni.
Macam dialog dalam filem P Ramlee, Seniman Bujang Lapok: “Lu punya nasi lu makan, gua punya nasi gua makan. Apa salah makan sama-sama?”
TEATER PART 2
Holla...hai korg hmmm ingt lgi x entri aku sblm ni yg cakap pasal teater hmmm ok aku ckap hari 2 nk sambung kan hmmm ok hari ni aku sambung tapi bkn aku yg tulis sbb aku dh dpt artikel pasal teater semua tntang seni...aku dpt artikel ni pun (abah ) yg bgtau tdi masa lpas prjmpaan persatuan abah nmpak aku sbuk duk nk update blog dy trbaca entri aku sblm ni n dy ckap x pyah tulis copy artikel 2 n ltak kt post ni...bgi dyorg bca hmmm ok....n now korg baca sendiri k....

ARTIS, orang seni, selebriti, karyawan, seniman atau apa saja gelaran yang seangkatan dengannya di Malaysia ini, secara kasarnya terbahagi kepada dua. Pertama, yang menjadikan seni sebagai komentar dan medium untuk menyampaikan atau menyebarkan perjuangan mereka; kedua, yang menjadikan seni sekadar tempat untuk mencari keselesaan dan populariti.
Percaya atau tidak, suka atau terpaksa, kedua-dua golongan ini tetap mengharapkan seni untuk memenuhi keperluan hidup mereka (tidak termasuk golongan yang menjadikan seni sebagai hobi semata). Itu hakikat yang tidak dapat ditolak oleh sesiapapun. Ini kesatuan antara dua golongan ini.
Namun, kesatuan ini juga ada pertembungan dan konfrontasinya. Persoalan yang timbul, adakah mereka yang berjuang dalam seni itu mampu memenuhi kehendak hidup mereka hanya dengan perjuangan itu sedangkan kita sedia maklum majoriti masyarakat Malaysia hari ini lebih terjurus, cenderung serta lebih menghargai seni yang bercorak hiburan semata?
Kita dapat lihat bagaimana Ramli Sarip dan M Nasir yang pada satu ketika dahulu begitu ghairah dengan perjuangan mereka dalam industri muzik khususnya, namun akhirnya tetap tercebur ke kancah hiburan realiti TV Akademi Fantasia (AF entah nombor berapa kita orang pun tak pasti sebab Astro belum ada subsidi untuk mereka yang tak mampu melanggan)… sehingga mamat Nasir Jani yang merupakan bekas teman seperjuangan M Nasir pun sanggup buang TV rumahnya sebagai tanda protes terhadap kejadian itu.
Adakah ini membuktikan bahawa pejuang-pejuang sebegini akan tetap tewas dengan kehendak hidup dan kehendak arus perdana? Pokok permasalahannya sekarang ini adalah masyarakat kita sendiri. Masyarakatlah yang bertanggungjawab untuk menjadi penilai dan penentu kepada pertembungan ini. Ia antara seni untuk seni, versus seni untuk masyarakat.
Suka ingin kami nyatakan di sini, teori sosiologi dan antropologi telah mengatakan seni terhasil sebagai meraikan hidup dan sebagai cermin kepada masyarakat. Jadi jelas perkara ini sedikit sebanyak telah menjawab persoalan di atas. Antara hiburan dan rasa seni yang tinggi harus ada kesatuan. Keduanya tidak mustahil untuk disatukan.
Tidak salah rasanya seorang yang berjuang dalam seni terlibat dalam seni yang bercorak hiburan semata kerana permasalahan ini mempunyai satu susur galur yang begitu panjang untuk diselesaikan. Ia memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk mengalami perubahan seperti proses evolusi. Cuma pejuang-pejuang itu tidak harus meninggalkan terus perjuangan mereka akibat tekanan ini.
Keutamaan harus tetap diletakkan pada perjuangan mereka itu sendiri. Jika tidak sampai bila pun permasalahan ini tidak dapat diubah. Sejarah di Malaysia telah membuktikan pejuang-pejuang dalam seni memang terpaksa menerima hal ini. Kami ulangi, terpaksa! Ini realiti (bukan realiti TV ya).

M Nasir (kiri) dan Dr Sam Rasputin dalam filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani (corrected)Memang masih ada kelompok-kelompok radikal kental yang menolak 100% hiburan tidak kritikal ini. Contoh paling terdekat ialah Nasir Jani yang kami sebut tadi, seorang pengarah filem yang sering memaparkan ketidakpuasan hatinya terhadap sistem dan budaya di Malaysia (contoh filemnya yang agak kontroversi, Kembara Seniman Jalanan).
Akan tetapi, kita dapat lihat apa yang terjadi dengan kehidupannya sekarang, bagaimana masyarakat melupakan dan tidak menghargai karyanya. Malah tidak keterlaluan jika kami katakan terdapat individu-individu yang tidak pernah tahu tentang kewujudan beliau, walaupun bagi kami industri seni sebenarnya memerlukan lebih ramai orang seperti Nasir Jani di Malaysia. Kerana pengkarya seperti Nasir Jani inilah yang akan menyumbang kepada kesedaran dan perubahan masyarakat terhadap penerimaan tentang fungsi seni itu sendiri kepada masyarakat.
Apa yang terjadi dalam ruang hidupnya ketika ini, kami sendiri kurang pasti. Kisah-kisah terakhir yang pernah kami dengar tentang beliau hanyalah kisah-kisah sedih dan duka kecewa seorang seniman. Tentang beliau yang marah memecahkan tingkap-tingkap kaca di Finas sebagai ekpresi tidak puas hatinya terhadap institusi itu yang baginya tidak langsung menyumbang ke arah memartabatkan filem Malaysia; serta tentang rumahnya dikepung polis akibat beliau dituduh terlibat dengan ajaran sesat.
Cuma baru-baru ini (tidaklah baru sangat) ada khabar berita angin yang mengatakan beliau akan kembali menghasilkan sebuah filem, sequel kepada karyanya dahulu, Kembara Seniman Jalanan. Sejauh mana kebenaran berita ini, kami kurang pasti. Mungkin hanya ura-ura. Mungkin dusta dalam berita. Tetapi kalaulah ianya benar belaka, kami teramatlah sangat menyokong beliau dengan sepenuh hati nurani kami yang bersih dan suci ini (hati-hati dengan hati kami).
Tidak dapat disangkal, mahu tidak mahu penggiat seni di Malaysia terpaksa melakukan lebih dari satu kerja untuk terus bertahan dalam industri. Contohnya seorang pengarah juga kadang-kadang harus berlakon, seorang pelakon juga kadang-kadang harus menjadi model, seorang penulis juga kadang-kadang harus melakukan kerja-kerja produksi di belakang tabir, seorang pelukis juga kadang-kadang harus menulis.
Ini kerana mereka juga manusia yang mempunyai tanggungjawab — keluarga, suami, isteri, anak serta cukai (tidak termasuk harga bahan bakar yang makin melambung). Industri di Malaysia masih kecil. Mengapa? Siapa yang mengecilkannya? Jawapannya sudah kami nyatakan: terlalu panjang susur galurnya untuk dihuraikan. Biasalah dalam hidup ini, kadang-kadang ada persoalan yang kita tahu jawapannya namun amat payah untuk kita huraikannya.
Jadi apa pun yang kita buat, segalanya harus seimbang seperti pepatah Melayu (sebab kami tak pandai pepatah lain): Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Apa pun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita, kita harus berani persoalkannya kembali, kerana kalau kita sentiasa meletakkan diri kita betul, kita akan menjadi seperti mereka yang kita benci.
Seni vs hiburan: siapa juri?

Sunday, November 13, 2011
SUNDAY!!!
Hello sunday!!! Life is that simple
fantastic
and
just keep going.
The second will never come
and
changes everything.
fantastic
and
just keep going.
The second will never come
and
changes everything.
Saturday, November 12, 2011
TEATER
Hmm...holla holla holla ok entri kali ni nk cakap pasal industri seni kat negara kita iaitu TEATER, ok mesti korg tertnya2kan knapa teater hmmm ok teater adalah salah satu tempat brmulanya aku hadir dalam dunia seni...espclly dunia lakonan mahupun tarian..ok aku sampai hari masih lagi marah dengan segelintir masyarakat kat luar sana yg mengganggp teater merupakan salah satu persembahan pentas yg mmbosankan dan hanya tuk tontonan warga2 korporat, org2 besar, vvip, mahupun bangsawan2..hmmm silap semua 2... mmng klau dahulu org ckap teater ja msti ingt bangsawan sbb teater merupakan salah 1 hiburan tuk golongan2 atasan suatu ketika dahulu.. tpi bgi aku dulu ke sekarang ke sma ja, org2 biasa zaman dulu pun da hiburan yg brunsurkan mcm teater gak...
Hmmm..ntah la aku rasa phak kementerian dan kerajan perlu tegas dengan benda ni kowt mna perginya belia2 remaja mcm aku semua x minat dgn teater ke??? asal teater nni nmpk mcm org dulu2 ke??? weii korg tolong sikit k skrng teater dah lain x mcm dlu....mngkin sbb pelakon2 teater ni x famoussss mcm artis2 kt layar perak or tv kowt.. skrng teater dh bnyk penggiat seni tanah air...yg tlah bnyk mngubah corak lngkah teater spti cth datin seri tiara...adlin aman ramli ok aku mntion nama dyorg je sbb klau aku bgi tau nama yg lain2 lgi korg bkn kenal sngt pon kan..lagi satu bnyk malas nk tlis...aku respect dgn dyorg ni kerana nk ambik perhatian belia muda sekarang snggup bt mcm2 teater yg masuk dengan jiwa org sekarang dan ikt zaman sekarang punya corak khidupan, tpi bnda ni masih lagi blum mncapai thap yg mmuaskan hmmmm..kta sedia tahu kan teater sekarang woii sudah cnngih mcm2 ade dlm teater........................................................................................................aku mlas nk ckap dh la xde idea dh nk tlis sbb marah sngt hish pe la dgn aku ni kan x psal2 angin lantak la, blog aku, jiwa aku, n hidup aku, nnt bla aku dh ok aku sambung blik k....tpi satu je aku nk ckap kt sini aku mmng x punya bkat tpi dunia teater tlah bnyak mngajar aku erti sebuah kehidupan....nnti aku smbng lain sbb mata dh x lrat nk angkat dah ni nk tdorrrr dlu k bye..heheheeee padan muka korg kan entri aku trgntung smpai situ je... k +_+

"fashion on me"
Holla..... ok kali aku x nk ckap banyak just nk ltak gmbar tuk korg tgk je xnk tgk pun x pe heeee...fashion on me tajuk entri kali ni sbb gambar yg aku nk ltak kt bwah ni nnt semua gambar masa aku dkt sri iskandar sbg fashion student.....
PART 1
mira neddy mina topek ngn pdot mmber aku kt sana best dpt kenal dyorg masa ni 1st ktaorg cuti stelah brmulanya klas so kluar jln2 kt sidec je...
fakulti bdak art
klas drawing hmmmmm mula2 pkir ape la bnda ni nk kna bt aku dtg nk bljar fashion rpa2nya ni basic art tuk semua bdak2 art x kira la ko fasion ke x bla dh brjaya siapkan bnda ni best la plk sbb x prcaya dpt bt likisan mcm 2 dgn saiz krtas yg besar cmtu...masa assgmnt ni ktaorg rjin je pgi bngkel waktu mlm nk siapkn cpat la kan tpi ttp pgi klas kna smbng bt jgk sbb x siap n masa bt ni la bnyk pngalaman n sejarah yg brlaku x yh ceta la huhuhuhuuuu....mmber2 aku je tau...
dlm klas bell heheheee bdak2 group a ngn b
klas cik lan klas fashion design hmmmm ktaorg kena lukis gmbar pose mmber2 klas dlm masa yg dtntukan hehehee yg pnting melukis x bleh stop dan angkat tgn...
ni la hasil pose dyorg yg aku lkis heheheeee
ni time lwat mlm bt keja art lagi dkt bilik mmber aku blok lain semua gigih memotong kertas
hmmm korg tgk la klau bdak art bt keja brsepah 1 blik....
potong, gam, tampal....2 la kja ktaorg mlm 2....pastu lkis blik bnda yg dtmpal 2....

Wednesday, November 9, 2011
Next Las Vegas a.k.a Sri Iskandar
Heeee....las vegas la sgt hmmm topek2...ok enrti kali ni nk ceta psal las vegas 2 hish tggl brapa hari je lgi nk sty kt rmah pstu hmmm strt blik rutin harian sebagai seorg siswa ipta cm biasa hish penat la mls nk pgi lv 2....rsult dh kluar alhmdllh ok pointer pun ok...yg x ok nye nk sty mna rmah sewa dh xde yg kosong 2 la padan muka lmbt lgi cri hmmmm mmber2 aku cakp aku dpt sty kt hstel tpi aku cek xde pun nma aku btul ke klau btul pun mmpukah aku sty sorg2 kt dlm 2 n dh la x tau lgi spaa rmmte bru kli nie...saiful, syafiq, mira, mina, bell dengan member2 yg lain semua dh sty kt luar...aku sorg je kt dlm nnt...boleh ke...next sem dh part 3 dyorg ckap best bgi aku ala best je sbb dh part 3 x lama dh nk hbs kn..yg aku risaukan sbject lgi ssah klas design dh sah2 la ade dh nama pun bdak fashion kan...kes pasal design ni prt 3 kena bt casual tpi x tau lgi tema ape..hmmmm mampukah aku...pastu kelas pattern kelas pling aku tkut bknnye ape aku nie bru je nk cburkn dri dlm dunia fashion nie x tau pun nk mnjahit segala bagai heheheheeee poyo la plk kan...tuk prt 3 pattern makin susah kena bt seluar,skrt dgn kemeja AZABBBBB.....pastu kelas sulam hmmm best aku suka tpi boleh ke hrap2 aku dapat buat yg trbaik tuk sem ni....ha 1 lagi sampai hari ni nk rgster course x bleh2 hampeh tul la ........ tu kata bgi tempoh sampai 10 ni ja tpi sampai sekarang x boleh nak regster...ok la hmmm dh x tau nk ceta pa lagi ni pun semua cam merepek je kan dh melalut lbh2 dah btw ikt suka aku la kan blog aku aku nk tlis apa pun x kcau korg pun ok dh bye....next aku dh ckap kt mmber2 aku nk upload gmbar dlm blog hmmm korg sorryyyy sngat2 tau sbb xde msa n 1 lgi lily ni rosak hri 2 pstu bnyk jgk la gmbar yg dh hlang huhuhuhuh sedih bnyk kngan masa prt 1 dgn prt2 terbang mcm 2 je tpi aku akan pastikan ade jgk gmbar kta semua dlm blog ni w/pun sikit je...ok nak brhnti x brhenti plak kn hish ni la aku klau dh bleh brcakap n mnulis dlm bnda ni..ok dah bye....jmpa lgi ......x0x0x0
Friday, November 4, 2011
i'm so happy
10 thing make i'm sooooo happy :
1. sebab ada ramai kawan
2. sebab result dah dpt....( smile like crazy )
3. sebab hari ni dpt hiking dkt baling....
4. sebab dpt call n sms member bla dperlukan guna hp yg buruk tue
5. sebab laptop nie masih bernafas.
6. sebab nak makan mcd... now kat mcd
7. sebab dpt on9 ..walaupun bill x byar lg hehehee... 8. sebab dpt berjalan
9. sebab dpt online mlm nie dgn kwn lama...ingt lgi dy dkt aku
10. sebab blog ni. hahahaha

Monday, October 31, 2011
bff vs bf/gf
Dalam hidup setiap orang mesti ada bff kan? Apa bff ni, pentingkah bgi kita?? Apa plk beza dgn bf or gf? sama je ka kedua-duanya???? Errrmmmmm...bagi aku, bff tu adalah org yang amat rapat dgn kita tak kira susah senang.Hmmm rasa rasanya sama je kowt dgn bf n gf ni, xdak tolak bndingan pown.Setuju??? Pada zaman sekarang agak susah nak ada kawan yg sanggup hidup susah senang dengan kita, kalau ada sangat alhamdullillah. Kebanyakkan org cakap org yg paling rapat dgn kita tu la yg akan tikam belakang kita satu hari nnti. boleh percaya ke hmmmm trpulang pada korang la kn. Bgi aku selagi kita menjaga segala perhubungan dalam persahabatan dgn baik, insyaALLAH tak de apa2 yang akan berlaku. Semuanya akan berjalan dgn baik. Dgn kawan saja kita akan lebih mengenali hati budi seseorng. Jgn judge diri dari segi paras rupa, warna kulit, status atau apa apa yang x memuaskan hati kita.Don't judge a book by its cover. HMmmmmm....pendapat aku la kan bf/gf n bff ni xdak bezapown sebab sapa yg nk brkawan kejap je kan mesti la nk selama lamanya kan berkawan biar seribu bercinta biar satu..... xoxo
Saturday, October 29, 2011
my life is all about waiting...
waiting for a wonderful person to pic up with me
Am i waiting on the right place?
give me the direction.
hey...wait for your turn.. Q up pls. The mix vege is very nakal.
Pak cik jual makanan kucing???
waiting till the sun not shine, i still waiting...
sometime kita terpaksa menunggu sebab xda choice. like alfonso said, " u got only have one choice if ur desperate, just wait for it son"

i not desperate but kind like to wait, maybe
aku nie kind of pemalu hehehehheeee pemalu ke, tp pemalu itu hanya zaman yg lepas.
menunggu juga mungkin kerana menghormati seseorang yg penting dgn erti kata lain beliau seorang yg penting seperti mana kt menunggu org yg berpangkat tinggi atau yg high class.
menunggu mungkin akan membangkitkan rasa kurang selesa, gelisah, rimas, malah kadang2 terasa sangat di sisihkan umpama, kt org yg low class. Tp, itu sama sekali tidak pernah berlaku.
mungkin menunggu lebih kepada memberi ruang utk sebuah jawapan ataupun solution yg terbaik akan di ketahui .
antara perkara yg ada kaitan dgn kata kerja menunggu dlm hidup ...
1. berbaris d ATM
2. berbaris di dewan makan ketika di zaman persekolahan , asrama hmmmm sekarang pun sma gak..
3. menunggu mak bg duit dgn penuh taat
4. menunggu kwn2 yg sgt lama berhias d dlm toilet
5. menungu replay sms dr org yg sedang diSMS ketika hp masih beroperasi dgn normal
6. menunggu bus d bus station... it was cold and cool...KETIBAS.
7. menunggu jawapan " yes i do " ketika mengurat .... tp akhirnya paham2 la..hahah nostaglia
8. menunggu turn untuk bermain internet d cc ketika tingkatan 3. ramai giler org main game time tu....counter strike..
9. waiting for my mom best food.... queen of kitchen.
10. waiting for the waiting is over.
Thursday, October 20, 2011
i miss u ("MAKE IT WORK")
Alhamdllh..thnk to my friend x yh bgtau nama la kn hmmmm..akhirnya dh sekian lama lama gileerrrrr x update blog now kmbli semula hmmmm thnk lgi sekali sbb tlg baik plih my gmail...aku bkn x nk updte blog ni tpi gmail bt problem so now....aku dh bleh kembali berblog....thnk kpda insan yg bergelar sahabat... =)
Sunday, May 15, 2011
HMMMMM.............
Holla......
Setelah sekian lama x mnulis bkn brhbuk or brsawang lgi dh blog aku ni dh jdi rmah hntu kowt heheheheeee..bla dh lama x menulis @ menaip ni rasa jiwa nie cam kosong...(ceh ayat nak falsafah)
bnyak sangat benda nak buat as a student nikan pahm2 la time nk update 2 la bnyk assigment n dah nk last sem plk....assigmnt, presntation + test + quiz lagi hmmm dan mcm2 lagi la nk tlis kat sini kang merapu je yg lebih so aku upload je la gmbar masa aku sem 1 kat sini then ollzz tgk la sendiri k kalau nk tgk la xnk sudah ade aku kesah ko ade x de....
SEMESTER 1 AS A FASHION STUDENT UITM SRI ISKANDAR, PERAK.
gmbar ats yg dyorg mkn donut ni msa clbrte besdy aku kt uptown...

Tuesday, April 5, 2011
-RINGKAS TENTANG HIDUP SOSIAL-
"Biarlah apa orang nak fikir tentang Aku. Pentingnya disini Aku tidak kacau kehidupan mereka2 disana".
Salah ka kalau Aku nak jalan sorang-sorang.Ada Aku kesah apa orang nak cakap.
"Kau ni xda sosial life ka"(hahahahhaaa =) eheheheheheheee... =0) dalm hati Aku ketawa.
Peduli!!!Ni hidup Aku. Adakah Aku sekarang berada dalam kelompoksosial?Ya, Aku ada didalamnya. Cukuplah jika Aku katakan,Aku bekerja~kerja ke~,belajar~.......~,bermain~yes~,berinteraksi, berhujah serta bergaul antara satu sama lain.
Aku rasa itu pun dah cukup sosial, jadi salah ke kalau Aku nak jalan sorang2 tapi kalau nk teman Aku apa salahnya bukannya Aku halang(harus lihat situasi la, bukan boleh serbu ikut jew)
Bagi mereka yang tidak faham - adakalanya kita perlu bersendiri dan apabila kita duduk sorang-sorang, kiranya juga sosial. Asalkan kita ada perangai! sebab ia menunjukkan perwatakkan kita
Sosial itu tidak harus dilalui secara semaksimum mungkin kerana itu akan mmbentuk hidup yg lebih sial. Jika kamu telah melaluinya seperti mna Aku jadikan ia sebagai pengajaran.

NAMAKU AFIQ. WHY???
-Ya benar namaku afiq (Mohamad Afiq).Jadi knp???Persoalan yg mungkin ironik saat manusia ingin tahu mengenai Aku dan Aku sekarang cuba menulis tentang kehidupan sendiri tentang semalam, hari ini dan masa depan, supaya mereka mengenali Aku sebelum sempat Aku mengenali diri Aku. Kenapa Aku ingin bercerita tentang diri Aku? Jawapannya supaya keturunan ku tahu siapa Aku.
1.Berjaya sbg seorang pelajar.
-Belajar lagi. Bosannya keputusan Aku bknnya bagus.Kenapa mummy dan ayah Aku hantar Aku ke sekolah.Aku paling x suka ke sekolah dan bkn kegemaran Aku ketika itu. "Selamat Tinggal Sekolah". Cikgu pernah cakap , mak dgn ayah afiq hantar afiq ke sekolah utk afiq menilai dunia yg lebih besar di luar sana. Jadi utk itu Afiq perlukan ilmu. ILMU? Hmmmmmmm....Bnyk yg Aku akn dapat bila bercakap tentang ilmu cuma ia x tercatit dalam subjek persekolahanku. Antaranya pengkhianatan, kebuluran, kebencian, kemarahan, dan persahabatan, serta cinta. ILMU itu MANUSIA.
-Jika semalam Aku berfikir tentang Hiburan dan Setan. Hari ini Aku berfikir tentang Mati. Tapi apakah Aku pada masa hadapan akan Aku memikirkan lebih tentangmu TUHAN. Tidak!!! Aku sentiasa memikirkanmu Ya Allah cuma diriku jahil-jahat dan belum sempurna utk jadi baik. AKU MANUSIA ALPA...
-Ya Allah, Ya Tuhanku, Ampunilah hambamu jika ada tersalah tulis/fikir. Tersalah itu lahir dari naluri ingin tahu. Jika Aku tersasar lebih jauh ketuklah imanku untukku kembali taubat kepadamu Ya Allah Aku dambakan kasih sayang mu Ya Allah. Aku berdoa padamu YaAllah "AMIN"
-Bila Aku belajar mencari ilmu dari akal fikiran yg senget dan sengkek, Aku pasti ada salahnya. Itulah yg membezakan Aku dan Tuhanku
-Mungkin inilah pembelajaran yg harus Aku bayar kerana malas untuk belajar dulu dan mungkin atas sebab ini Aku juga berjaya sebagai seorang pelajar. Dari UPSR ke PMR ke SPM ke STPM ke DIPLOMA ke IJAZAH(belum lagi) ke MASTER (belum lagi). IJAZAH dan MASTER itu pendidikan yg bukan mustahil jika Aku mahu harunginya pada masa hadapan.
2.Berjaya sebagai seorang ANAK.
-ANAK,adakah Aku seorang anak yg berjaya???
Semalam Aku seorang Anak yg Gagal. Hari ini juga Gagal.
Apa masa depan Aku sebagai seorang Anak? Aku akan tiggalkan sebagai sebuah persoalan? Tak terjangkau utk dititipkan.Apa yang mampu diucapkan. Percaya atau tidak AFIQ SAYANGGGGG MUMMY DGN AYAH lebih dari yang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)