Dalam resah
Ku cuba mencari kekuatan
Dalam pasrah
Ku cuba membina
Keyakinan
Aku mencari
Kejujuran....
Dalam gelora rasa
Menanti dan mencari
Kejujuran yang tak pasti
Keegoan dan kedegilan
Mendesak aku agar
Melindungi pelbagai
Prasangka
Yang aku sendiri tak
Mengerti
Akan berakhirnya
Hubungan ini???
Akan bersatukah impian
Kita selama ini....... ?
Atau segalanya akan
Hancur
Tanpa sebarang punca yang
Tak kita ketahui
Tak kita fahami
Tapi percayalah
meskipun aku tak pernah
Berterus terang
Aku akan terus menantimu
Lalu...
Mengertilah kau
Biar apapun halangan
Berada dihadapanmu
Aku masih seperti dulu
Seperti yang mula kau kenali
Cuma aku kini
Terlalu meragui ungkapan
C.I.N.T.A
Yang pernah kau dan aku lafazkan
Bimbang kiranya
Semua itu hanyalah
Sebuah khayalan
.aku.rindu.kamu.
25/5/13
No comments:
Post a Comment