Wednesday, September 4, 2013

Tak salah untuk kita menangis...

Pentas. Lampu dihalakan pada seorang watak. Sekeliling adalah gelap gelita.

Kau duduk disudut bilik, menekup muka, dan menahan rasa yang sudah terpendam lama. Bilik sengaja digelapkan, kau tak mahu ada orang yang melihat kau saat kau jatuh dan tersungkur. Tingkap bilik ditutup rapi. Macam-macam yang bergelora didalam memori, seperti flashback yang berputaran.

Patah kembali pada masa pertama
muncul semula bait-bait lama.

Kata Ayah, menangis itu untuk manusia yang gagal. Hanya yang lemah menangis. Sebab itu kau menahan air mata daripada keluar daripada kelopak. Seluruh sendi-sendi kau serasa tidak berdaya. Penat. Ada sesuatu yang menghunus pada jantung kau, hati kau. Pisau halimunan yang tidak bisa dinampak oleh mata kasar. Menoreh, meneken, menembusi. Sakit ya kau rasa amat sakit. Sampaikan ada parut yang kekal. Mustahillah ia akan hilang. Sebab itu ia dipanggil parut.

Hingus yang meleleh dibiarkan. Peluh didahi diabaikan. Imej-imej berjela-jela mengisi kornea mata. Satu hari dimana kau jumpa dia. Satu hari kau dan dia memegang tangan erat. Satu hari semua kelihatan seperti hari-hari yang cerah seolah tiada awan yang mendung datang. Siapa sangka semuanya akan berakhir dalam sekelip mata?

Mengingat hal-hal yang manis dalam keadaan yang pahit hanya akan menjadi lebih perit.


Tiba-tiba kau berharap semua ini tidak pernah berlaku. Kau tidak mahu langsung mengenali dia. Kau menafikan yang kau dengan dia pernah ada pelangi yang menghubungkan kedua-dua. Kau rasa menyesal pernah membenarkan orang seperti itu bertakhta pada sanubari kau sendiri.

Betapa bodoh semasa kita bercinta.


Tetapi apa pun tidak guna. Yang lepas adalah yang lepas. Kau takkan mampu mengubah apa-apa pun yang sudah berlalu meskipun kau cuba dengan upaya. Hanya Tuhan yang mampu. Dan mengingat semua ini kembali membuat pisau halimunan itu menusuk lebih tajam, terus kedalam menembusi lapis-lapis roh.

Tiba-tiba, aku masuk.

Bilik gelap. Yang ada hanya kau disudut sana. Lemah tak berdaya. Aku nyalakan lampu. Terang. Melihat kau begitu, kesenyapan melawat kita. Tiada satu suara yang bergema. Aku melangkah menghampiri, tunduk, dan lihat kau yang sesat dalam kehampaan.

Aku kata, "Lepaskan. Dengan menangis kita boleh senyum kembali."

Kau pandang mata aku. Tidak tahu nak buat apa. Masih keliru. Akhirnya kau mengalah. Sesudah lama menahan sakit dan derita, akhirnya tembok yang kau cuba bina sendiri itu roboh perlahan-lahan. Tangan kau menutup muka. tak mahu dilihat terkoyakkan. Aku cuma diam. Sakit mana pun kau rasa memang aku takkan dapat fahami. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dulu kau kuat, tapi apa punca kau lemah begini?

Semua sakit itu kau sudah pendam berapa lama?


Lampu dipadamkan. Gelap. Pentas dikosongkan. Tirai ditutup.

Tamat.

*Monolog diri



Tuesday, August 13, 2013

Di rahim langit......

Di rahim langit berjuta bulan..
Kemah persembahyangan ini penuh bidadari...
Hanya dari mata si buta mereka bersembunyi.
Pernahkah kau lihat ikan menjadi jenuh laut?
Pernahkah kau lihat arca terlepas dari pengukirnya?
Pernahkah kau lihat famik meminta ampunan adra? - Jalaludin Rumi.


Hanya Dia.


..maka aku memilih untuk menjadi bayang-bayang ;yang mungkin akan dapat kau lihat,atau barangkali kau dengar perihalnya-dia,
tapi tak akan sesekali mampu kau dakap.

aku hanya untuk dia.

Cinta!!!

ada pun cinta masih di lautan,
bayunya tetap mengarus daratan.. nyaman.
rindu pada suatu yang jauh berbatu,
jaraknya aku dengan kamu.

-untuk kamu yang jauh berbatu.

Monday, July 22, 2013

Selingkar Kasih!!!

Seharusnya cinta ini bisa berdiri
Sebagai sebuah istana megah
Menjadi persinggahan mahkota hati
Melambang kebahagian kita
Seharusnya cinta kita bisa tersenyum
Seolah seorang puteri ayu
Akan menjadi idaman mahkota hati
Lambang pengorbanan kita yang suci
Tetapi selingkar oh kasihmu
Telah terurai meragut dan menyakar
Hati ini jua
Masih lagi selingkar kasihmu
Yang menghantui rasa dan merindu daku jua
Oh…
Kepastian yang ku nanti tetapi engkau
Masih mencari cinta yang lain
Bukan diriku
Seharusnya cinta ini bisa berdiri
Sebagai sebuah istana megah
Menjadi persinggahan mahkota hati
Melambang kebahagian kita kasih......


ok masuk ni cukup seratus kali aku dengar lagu ni hurmmmmm...best!!!

Sunday, July 21, 2013

Mimpi Hati Mati!!

Masa berpacu terus
Laju...
Pasti tidak berundur
Mustahil mampu dibekukan
Waktu...
Segala telah terjadi
Kembali tidak sama sekali
Suara-suara diluar sana
Dihiraukan tiada maknanya
Untuk meraih mimpi-mimpiku
Persoalan- persoalannya
Tiada lagi berarti
Semua terjadi
Semua berlaku
Harapku...
        Terpaku kaku....
              Tunduk tanpa rayu....
                    Berlalu dengan layu....

Saturday, July 20, 2013

insensitive!!!!

A silent move that we make
When we awake
Oh no...

My conscience
Come and go and come and go
A troubled mind and twisted hand
We use everytime just everytime...
All the sentimental feeling
That sometime makes our heart burning
We surrender to a strong desire
Ignorant to the needs of other
Hear the whisper of a little voices
That calls when we made desperate choices
Are we that oblivious?
So insensitive

... so many choices to be made
So little time to decide
So little guilt on our side.........